WANI HAMDAN — CORPORATE TRAINER & IMAGE CONSULTANT • HRD CORP CLAIMABLE TRAINING PROGRAMMES • CORPORATE TRAINING • TEAM BUILDING • PROFESSIONAL IMAGE • LEADERSHIP • COMMUNICATION • HUMAN DEVELOPMENT •
WANI HAMDAN — CORPORATE TRAINER & IMAGE CONSULTANT • HRD CORP CLAIMABLE TRAINING PROGRAMMES • CORPORATE TRAINING • TEAM BUILDING • PROFESSIONAL IMAGE • LEADERSHIP • COMMUNICATION • HUMAN DEVELOPMENT •
Laman coachwani.com dimiliki oleh RAHSIA ANGGUN EMPIRE, nombor pendaftaran 202203245276 (IP0576686-X). Untuk urusan pembelian, hubungi WhatsApp +60 13-230 3102 atau [email protected].
Alamat: D’Melor Kondominium, Persiaran Ceria, 63200 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
Ebook ialah produk digital untuk dibaca pada peranti yang sesuai; tiada buku fizikal atau penghantaran pos. Semak bahasa, format, kandungan, harga dan pakej pada halaman produk sebelum membuat bayaran. Harga dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM). Jumlah yang perlu dibayar dan sebarang caj tambahan mesti dinyatakan sebelum bayaran dibuat.
Pakej kohort pertama RESET DIRI 21 berharga RM97 untuk 50 peserta pertama, termasuk ebook dan bimbingan berkumpulan selama 21 hari. Tawaran ini tidak terpakai secara automatik kepada ebook atau program lain.
Pesanan boleh dibuat melalui Checkout dengan pilihan bayaran manual melalui WhatsApp, atau melalui pautan WhatsApp pada halaman jualan. Hubungi WhatsApp +60 13-230 3102 untuk arahan bayaran yang sah. Jangan membuat bayaran kepada butiran akaun yang belum disahkan oleh pihak kami.
Nyatakan nombor pesanan jika ada, nama dan alamat e-mel pendaftaran; hantar bukti bayaran untuk semakan. Penerimaan pesanan bukan pengesahan bayaran atau tempat dalam kohort. Akses dan penyertaan disahkan selepas bayaran dipadankan dengan rekod pesanan.
Jika butiran pesanan tersalah, hubungi kami secepat mungkin supaya pembetulan boleh disemak sebelum akses atau penyertaan diberikan. Jangan hantar kata laluan, OTP, nombor kad penuh atau kod keselamatan kad.
maklumat akses ebook dihantar secara manual melalui e-mel atau WhatsApp dalam tempoh 2 hari bekerja selepas bayaran disahkan. Muat turun automatik melalui e-mel atau My Account tidak dijanjikan dalam proses manual semasa.
Pastikan e-mel dan nombor telefon tepat serta semak folder Spam/Junk. Jika maklumat akses belum diterima, hubungi kami dengan nombor pesanan dan bukti bayaran. Masalah akses yang dilaporkan dengan maklumat lengkap akan disemak dan diusahakan penyelesaiannya dalam 3 hari bekerja; jika tidak dapat diselesaikan, rujuk Polisi Refund.
Pembelian memberikan hak penggunaan peribadi kepada pembeli, bukan pemilikan hak cipta. Jangan berkongsi pautan akses atau fail, memuat naik ke ruang awam, menjual semula atau mengedarkan ebook tanpa kebenaran bertulis. Hubungi kami bagi lesen organisasi atau penggunaan berkumpulan.
Hasil pembelajaran berbeza mengikut individu. Bahan ini bersifat pendidikan dan refleksi kendiri, bukan jaminan hasil tertentu atau pengganti nasihat, terapi atau rawatan profesional.
Bimbingan berkumpulan 21 hari disertakan bagi pakej kohort pertama RESET DIRI 21. Tarikh mula, platform dan jadual akan dimaklumkan oleh Coach Wani apabila kohort mencapai 50 peserta. Pembeli perlu memberikan saluran hubungan yang aktif untuk menerima makluman.
jika kohort belum bermula dalam 90 hari selepas bayaran peserta disahkan, peserta boleh memilih untuk terus menunggu atau memohon refund penuh pakej. Jika penganjur membatalkan kohort, peserta ditawarkan refund penuh atau pemindahan ke kohort lain dengan persetujuan peserta.
Permohonan menukar peserta sebelum program bermula disemak secara bertulis, termasuk kesesuaian akses ebook; pemindahan fail secara sendiri tidak dibenarkan. Syarat pembatalan peserta diterangkan dalam Polisi Refund.
Untuk bantuan atau aduan pembelian, hubungi WhatsApp +60 13-230 3102 atau [email protected]. Sertakan nombor pesanan jika ada, maklumat pendaftaran dan penerangan ringkas masalah. Data berkaitan pesanan digunakan untuk pengesahan bayaran, penghantaran akses, bantuan dan pengurusan program seperti diterangkan dalam Notis Privasi.
Rujuk Polisi Refund Produk Digital dan Bimbingan bersama terma ini. Tiada klausa dalam terma ini bertujuan mengehadkan hak pengguna atau remedi yang diberikan oleh undang-undang Malaysia yang terpakai. Sebarang pindaan tidak mengurangkan hak bagi pesanan terdahulu secara retrospektif tanpa asas yang sah.
Hari bekerja merujuk Isnin–Jumaat, tidak termasuk cuti umum Selangor dan cuti umum persekutuan. Syarat penuh diterangkan dalam Polisi Refund.